------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

KOMLI MENGUNTUNGKAN BETUL! dari nuffnang?

KOMLI MENGUNTUNGKAN BETUL! dari nuffnang? 



Assallammualaikum blogger.
Amer ni dah lama menyepi dari bidang seni blogger yang indah ini. Jadi agak tidak mustahil lah jika saya agak tertinggal kebelakang dalam duni blog ini. Apa yang amer perhatikan di era baru blogger ini muncul satu saingan syarikat perikalanan yang memberi saingan sengit kepada nuffnang dan sewaktu dengannya.
Amer seorang yang amat gemar berblogwalking dan usha2 apa perhiasan yang ada dalam blog korang. Jadi, tidak mustahil amer akan terserempak dengan iklan komli yang korang letak yang tersegam indah dalam blog korang itu.



Disini, amer yang rasa senior blog terasa junior pulak sebab tak tahu kehadiran komli ini. Saya disini agak ada tanda tanya or lebih enak didengar muskil *ejaan salah.

Saya pecinta bahasa melayu. Jadi saya kenalah menaip di dalam bahasa melayu. ketawa.

Ok. kembali kepada topic. Betul ke komli ni menguntungkan ? mengayakan ? Komli cepat dapat earning ?

Jum amer buat sedikit uji kaji.


Susah ke nak daftar komli ini? 

Jika dibuat perbandingan. Apa yang amer lihat, komli ni amat rumit sedikit. sila perbetulkan fahaman saya jika ada kesalahan. Komli ini macam adsense , selepas sign up komli, kita perlu tunggu kelulusan dari pihak komli adakah blog kita layak atau tidak mengiklankan produk mereka.

Jauh pula bezanya seperti langit dan bumi jika dibanding dengan nuffnang. Selepas kita daftar nuffnang kita terus dapat menyiarkan iklan-iklan nuffnang di dalam blog kita. Setuju? angkat tangan. Ketawa.

Komli lebih cepat memberi pendapatan daripada nuffnang. 
Ya. erm tak sure.  Sebab amer belum lagi guna komli atas sebab amer masih anak manja Nuffnang. Tunggu masa maybe.  Komli ini membayar kita dalam mata wang USD. Hurm, bayangkan betapa besarnya nilai mata wang itu selepas diconvert ditukar ke matawang malaysia. Menguntungkan macam gushcloud.



Adakah Komli ini memberi kesan kepada status anak kesayangan *gliterati nuffnang kita?


Komli ini adalah saingan nuffnang seperti google ads, adverlet, dan sewaktu dengannya. Sudah semestinya, syarikat nuffnang tidak suka ditirikan, diduakan, dimadukan. Jadi mereka akan tarik balik hak keistimewaan kamu di kota nuffnang. kesian kan. Jadi janganlah mengecewakan pihak nuffnang. *kipascapudang.


Benda yang paling tak best. Diskriminasi dengan blog tak fames *sedikit pengunjung.

Kepada korang yang sudah pasang niat nak berkombeef, keramli, berKOMLI dalam blog korang, tapi Unique View or Traffic korang tak sampai 1 Ribu sehari macam blog amercorner ini. Lupakan saja.
Syarat ini amer dengar lah, untuk berdaftar dengan Komli , harus maintain traffic macam 1 ribu sehari. Kenapa sikit sangat? Tak boleh banyak lagi ke?


Jika anda ada pandangan yang tersendiri dengan entry ini. Dipersilakan untuk mengoment.
Saya berpandangan, dengan wujudanya syarikat2 yang menjanjikan dan menawarkan earning yang lebih lumayan akan membuat nuffnang tak senang duduk. jadi pihak nuffnang. Jika anda mahu kami setia, bermurahlah hatimu untuk memberi kami buffered earning. Pesanan untuk pengiklan2 yang beriklan dengan pihak nuffnang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "KOMLI MENGUNTUNGKAN BETUL! dari nuffnang? "

nuffnang bole je cmpur google ads..
hhihi

nak try dulu dapat earning dari nuffnang

komli tu kene ada syarikat ke? dia minta nama company dan no.fax. kalau individu, sure la takde.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top