------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Trip ke genting highland yang menyedihkan.

Assalammualaikum
Dah alang2 amer nek semenanjung ni.
Rasa mcm berhutang pulak kalau takde naik tanah tinggi genting highland.

Kali ini berbeza pula. Kalau sebelum ini amer naik genting dengan family.
Tapi now , amer berdikari siket naik guna transport awam. hoho.

Paginya bangun tak seberapa awal dalam pukul 11.00am camtu.
Pemandangan indah view dr hotel tempat aku menginap. menginap kat hotel cardogan area bukit bintang.
Masih belum ada plan . aku randomly cakap jum pergi genting. member aku sorang ni setuju je walaupun bapak dia tak suruh pergi. Member aku sorang ni pulak mati2 ingat xde plan. Terkejut dengan plan aku bawa ke genting highland .Mak member aku ni ada cakap jangan nek genting kalau hujan.



Tapi time tu cerah je. Macam xde langsung aral melintang.
Jadi turun lah ke cashier untuk bayar hotel. Pekerja hotel tu mcm biasa dia akan tanya. Mana mo pergi hari ini?  Aku cakap pergi genting, Miss tahu ke nak pergi genting cara yang mudah.Manalah tahu kan ada bus city yang free tu. Haha. secara mudahnya miss tu explain. nak pergi genting , you tak perlu naik kl central. Kamu naik monorail terus ke titiwangsa station lepas tu naik bus warna kuning.

Pergh. Terima kasih pada miss tu. Kalau tidak memang aku dah naik kl central susah2 je berjalan kaki dr monorail ke kl central.  Save masa dan save duit.


Banyak2 kereta kenapalah viva dibuat sebegini. 


Perjalanan ke genting highland memakan masa selama 30 minute? lebih kurang. Maybe hati ni rasa cam tak sabar membuatkan genting highland tu tak jauh kot.

Sesampai je kat genting highland. Cuaca dah mendung . Aku fikir positive je. Ala cuaca kat atas ni memang lah mendung.

Dengan excited nye beli ticket wristband tu. Rm50 untuk main kat luar dengan harapan kat luar tak hujan. Akak yang jual ticket tu pun cakap 2 je mainan yang ditutup dik. belilah dik.

Dah pergi ke luar. Pulak hujan lebat ya amat jatuh ke bumi ini. Aku tengok ramai orang pergi ke tempat kereta antic dan monorail yang bosan tu. Semua berbaris panjang giler nak main benda alah tu.
Aish. Memang malang lah trip aku kali ni. Nak main , tapi tak dapat . Que panjang sangat.

Tunggu punya tunggu hujan dah rintis2 tapi permainan mcm rollercoaster, gocad, spaceshoot dan sewaktu dengan nya memang tak bukak. 


Menunggu dan terus menunggu. hujan masih turun. Takde nye nak reduh. Kejap je rintis2 lepas tu lebat balek.


Untuk melegakan kehampaan hati. jalan2 dulu kat dalam. Hurm. Banyak sungguh mainan kat dalam ni. Tapi malang nya wristband yang aku beli tu hanya boleh diguna pakai kat luar sahaja.


Nak beli ticket main kat dalam rasa macam membazir pulak RM30 tu. Jadi makan angin je lah
kat dalam tu.



Jam dah menunjuk pukul 5.12pm. Cuba2 lah jenguk kat luar
tak sangka keadaan masih juga sama. hujan je . tunggu sampai tutup pukul 6.00pm. 
Masih gak ujan. jadi hampa . terbang macam tu je rm50 hari tu. 

Maka terus member aku ajak chow sebelum hari gelap. 
Nak beli ticket punya lah barisan panjang. 
Ticket bus berlepas pukul 7.20pm. 
Jadi tunggu punya tunggu. 
Bus pun datang. Keadaan semakin kelam kabut apabila manusia yang mengerumun bas tu boleh memuatkan 3x bas. Tak mungkin satu bas boleh bawa dorang semua. 
Aku dah rasa macam dalam pengambaran titanic nak naik lifeboat pulak. 
Redah redah redah, aku and member aku hampir2 nak masuk dalam bus tu. 
Pulak dah kawan aku sorang tu sempat masuk . Then pintu bus automatic tertutup. 
pshhghhhhh ... adoiyai . terlepas . Terpaksa lah tunggu next bus. 


makanya, first time dalam hidup aku berada kat atas genting highland ni pada pukul 8 malam. 
Bus kedua pun datang. Seperti biasa, orang ramai berkerumun kat pintu bus tu. 
Semua nak masuk. Aku dah mula cuak lak takut tertinggal bus. 
Alhammdullilah. Kali ni dia utamakan ticket bus yang belepas pukul 7.20pm. Walaupun jam ditangan dah menunjukkan pukul 8.45pm.
Alhamdullilah dapat jugak masuk dalam bus. Semasa dalam bus tu ada lagi macam2 benda berlaku. 
Kat ticket bus tu ada bagi no tempat duduk . Jadi manusia2 yang tersalah naik bas ni bertengkar 
pulak dengan orang2 yang sepatutnya masuk dalam bas tu. 
"Weii, kenapa lu ambil tembak duduk saya, ini tempat saya ada dalam ticket lagi"
Macam2 lah ragam orang dalam bus ni. 

Akhirnya aku sampai ke bukit bintang dengan selamatnya. :D 








Bagikan :
+
Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Trip ke genting highland yang menyedihkan. "

baru akak plan nak bawak anak akak pi genting...ye la musim hujan..postpone dulu la nampaknya

@Amanda Suriapergi je la sunway lagoon je .. :D .. ataupun legoland.

legoland tak tutup kan game dia walaupun hujan :D

Eh, kesiannya. nak buat macam mna, hujan je memanjang kat atas bukit..

takut nk naik sana musim hujan2 nie

Rindunya nak pergi Genting...
Lama dah tak pergi sana...

ni bukannya release tension tp bertambah tension huhu

ahhahahah nk g genting mmg xblh g ujung thn =)

@Adilla Shahiraha a memang tak dpt main langsung permainan kat luar tu :(

@yana ainahahah amer pun takut sebenarnya tp. tu lah bukan selalu naik semenanjung :D sekali setahun je

@zie marziaha a .ingat nak mereleas tension exam. makin bertambah sedih

@aimi adilahlast year ok je amer pergi. hujan rintis2 sikitlah. tak sangka tahun ni pergh .. lebur seh :D

aduyai,kesiannyer..fatin xpernah pergi pun lgi,huu

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top